Sunday 18 December 2011

MISS YOU A LOT DEAR!!!




keadaan sekarang dah makin rengang
dia makin busy dengan kerja dia
ika busy dengan kerja ika
mesej pown tak selalu macam dulu
time ika busy dia free
time ika free dia pulak busy
nak kata rindu tu tak payah cakap lar
memang rindu tahap cipan lar
time nak tido asyik teringat kan dia
ika tahu dia busy tapi ika faham
so ika malas nak kata apa.. 
sebab ika pown time kerja busy jugak
sepanjang hari ika tunggu mesej & call dari dia
tapi tak ada.. sedihnyaa!!!
tiba-tiba air mata nie turun laju je macam air hujan
rupa-rupanya baru ika sedar ika menangis sebab terlalu rindu kan dia
menangis teresak-esak sampai tak boleh nak control
last-last ika cuba control dengan pejamkan mata & terus tido
bila bagun pagi terus check nset but no call and mesej from he
sebak je hati nie.. tak pe tahan je lar rindu nie
hati nie selalu cakap "ika walaupun dia busy, dia tetap teringat kau, so jangan risau ok, "
ika selalu pujuk diri ika dengan ayat-ayat macam tu
ermmm.. sabar je lar
kadang-kadang rindu kat dia 
sampai terbawak-bawak dalam mimpi.. hehe
so hari nie dah dapat mesej dari dia rasa happy lar sikit.. hehehe..
dah lar masing-masing dok jauh
nak jumpa pown susah
dalam setahun tu 2-3 kali je boleh jumpa
errrmmm... seksanya dugaan nie!!
tapi tak pe selagi masing-masing setia and jaga hubungan nie dengan elok
InsyaAllah.. walau apa rintangan sekalipun kitorang tetap tabah mengharunginya.. T_T


p/s: sekarang tengah taip pown rasa sebak je..
 rindu nya ika pada dia.. ermm... ;(


see ya..:)










Thanks Ye Baca Entry Ika..Kalau Suka Sila Like Ye Dan Jangan Lupa Komen Sekali Ok..Peace(",)

Wednesday 7 December 2011

PERINGATAN TUNGGAKAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN KPT!!!




NUR SYAFIQAH BT SAZALI

2.    Berdasarkan semakan yang telah dibuat, didapati tuan telah gagal mematuhi jadual pembayaran balik pinjaman pelajaran KPT secara bulanan seperti yang telah ditetapkan. Kementerian juga telah mendapati tuan mempunyai tunggakan ansuran yang belum dijelaskan sehingga 30 September 2011 selepas tuntutan dikeluarkan.

3.   Berikut adalah perincian akaun pinjaman pelajaran tuan sebagai rujukan :-
        
      a) Jumlah Pinjaman Yang Perlu Dibayar Balik  : RM 6,000.00
      b) Bayaran Balik Yang Telah Diterima               : RM 0.00
      c) Jumlah Bayaran Yang Telah Tertunggak        : RM 375.00
      d) Baki Pinjaman                                                 : RM 6,000.00

4.   Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk membuat bayaran dengan KADAR SEGERA kepada KPT mengikut saluran pembayaran yang disediakan seperti berikut :-

http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/bayaran-balik/129.html

5.   Sekiranya didapati masih gagal untuk berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil terhadap tuan/penjamin termasuklah tindakan undang-undang untuk mendapatkan bayaran tersebut dengan segala kos perbelanjaan berkaitan dengannya akan ditanggung oleh pihak tuan/penjamin.

Sekian, terima kasih.
=
=
=
mampus aku.. dah ar keje sekarang gaji pown ciput je.. sebulan nak kena bayar RM 125.. adoyai!! nak tak nak kena bayar jugak lar jawabnye.. tu lar dulu nak pinjam sangat kan..sekarang ambik ko.. nak kena bayar balik pulak.. ermmm...



p/s: tulis untuk peringatan di masa akan datang.. kalau surat hilang boleh refer dalam blog.. hehehe.. ;)

see yaa..:)





                           


Thanks Ye Baca Entry Ika..Kalau Suka Sila Like Ye Dan Jangan Lupa Komen Sekali Ok..Peace(",)

Tuesday 6 December 2011

AKU INGIN KAU MENGERTI!!!




Wahai kekasihku..
Kau buat hari-hariku tak bererti tanpamu..
Kau ciptakan setiap senyuman dalam langkah-langkahku ini..
Kau temaniku disaat aku terjebak dalam sepi yang mencengkam..

Kau hapuskan airmata yang menitis dipipiku..
Kau basuh keringatku disaat aku mulai letih dengan hidup ini..
Kau hulurkan tanganmu disaat aku mulai terpuruk dalam kejamnya dunia..
Kau peluk tubuhku disaat aku mulai rapuh dan tak berdaya..

Kau tuntun aku disaat aku mulai bimbang dengan jalan hidup ini..
Kau jaga aku disaat aku mulai merasa ketakutan..
Kau berikan senyuman terindahmu disaat aku sudah tak sanggup lagi untuk tersenyum..
Kau mampu memperlihatkan padaku pahit & manisnya hidup ini..

Sayang..
Aku ingin kau mengerti
Aku ingin kau tau..
Betapa pentingnya kehadiranmu untukku..

Meskipun kau tak sehebat mereka..
Meskipun aku tak sebahagia mereka..
Tapi aku menyayangimu dengan segala kurang & lebihmu..
Kerana aku tahu itulah caramu mencintaiku & aku yakin semuanya akan indah pada waktunya..






Thanks Ye Baca Entry Ika..Kalau Suka Sila Like Ye Dan Jangan Lupa Komen Sekali Ok..Peace(",)

Copyright @ Syafiqah a.k.a Ika